UtamaNASIONALPAS Marah Irshad Manji,...

PAS Marah Irshad Manji, Tapi Sokong Ambiga dan Anuar - pakdin.my

MyKMU.net – Nama Irshad Manji tiba-tiba menjadi popular sekelip mata di negara ini apabila kehadirannya untuk melancarkan buku karangannya yang bertajuk “Islam, Libertyand Love†telah mencetus kontroversi di kalangan umat Islam di negara ini.

Irshad Manji merupakan seorang penyokong LGBT yang sebelum ini mengaku dirinya lesbian dan pernah pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan serta kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk “The Trouble With Islam Todayâ€.

Buku karangannya itu dikatakan sama dan mengandungi idealisme sama seperti penulis novel “The Satanic Versesâ€, Salman Rushdie.

Namun, tiba-tiba saja PAS berpura-pura menentang dan marah pada Irshad Manji. Kononnya, merekalah yang paling awal menentang kemasukan wanita gila itu ke Malaysia. Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man pula cuba jadi “hero†isu ini apabila menyalahkan kerajaan kerana membenarkan Irshad Manji masuk ke negara ini tanpa sebarang sekatan.

Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan wanita yang mencetus kemarahan umat Islam itu.

Peliknya, “kuman di seberang laut PAS nampak, tapi gajah di depan mata PAS tak nampak langsungâ€!

Irshad Manji menyokong kuat golongan LGBT, sama seperti Ambiga Sreveenasan yang juga menyokong LGBT di negara ini. Malah Ambiga begitu berani menganjurkan program Seksualiti Merdeka dengan tema “Queer without fearâ€.

Irshad Manji juga sealiran dan sama fahamannya dengan Salman Rushdie, samalah seperti Anwar Ibrahim yang pernah sepentas bersama Salman Rushdie di sebuah persidangan, India Today Conclave 2012, yang berlangsung di India sebelum ini.

Jika benar PAS benar-benar marah, benci, membantah dan melarang Irshad Manji menjejakkan kaki di negara ini, mengapa pula PAS menyokong dan sanggup bersekutu dengan Ambiga yang terbukti menyokong LGBT dan menyokong agenda murtad?

Mengapa PAS tidak mendesak kerajaan agar menghalau Ambiga dari Malaysia sebagaimana yang dilakukan terhadap isu Irshad Manji ini?

Dan mengapa pula PAS sanggup berpeluk, bersekutu dan menjalin “brotherhood†dengan Anwar Ibrahim yang sama fahamannya dengan Salman Rushdie dan Irshad Manji?

Kenapa PAS tidak putuskan saja hubungan dengan PKR yang berkiblatkan Anwar?

Kerana kuasa, bukan? Kerana PAS mahukan sedikit kuasa politik di negara ini, maka PAS sanggup bersekongkol dengan penyokong kuat Seksualiti Merdeka, peruntuh aqidah ummah, rakan sepentas Salman Rushdie dan “berlakon†seolah-olah bencikan Irshad Manji?

Rakan sekutu begitukah yang diluluskan oleh Dewan Majlis Syura PAS tanpa sebarang “muzakarah†atau “tender terbuka�

Sepatutnya, Tuan Ibrahim patut berasa malu dengan kenyataannya yang kononnya mengaku “paling awal†membantah program Irshad Manji.

Padahal, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir, lebih awal lagi menyatakan penyiasatan dan pengharaman sebarang program yang berkaitan dengan penulis wanita sesat itu sebelum 17 Mei lagi. Tuan Ibrahim pula baru “memekak†pada 19 Mei?

Dan atas arahan kerajaan jugalah maka program Irshad Manji telah berjaya disekat dan dibatalkan oleh JAIS di sebuah kolej swasta di Bandar Sunway pada 18 Mei lalu!

Mujurlah Jabatan Perdana Menteri bertindak lebih pantas melalui JAIS. Kalau nak diharapkan “Exco Agama Selangor†sekarang, jangan haraplah Irshad Manji boleh disekat. – MyKMU

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...