Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS: Pahang #pakdin.my

Misi Bantuan Bencana Barisan Nasional dan BNCOMMS hari ini diteruskan ke beberapa lagi kawasan di sekitar Pahang yang terkesan akibat banjir.

Menurut Penyelarasnya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah pada minggu ini pasukan Bencana BN dan BNCOMMS akan turun padang sekali lagi ke Negeri Sembilan dan seterusmya ke Johor pada hujung minggu ini.

“Minggu ini misi akan diteruskan dimana Jumaat ini akan sekali lagi ke Negeri Sembilan dan ditamatkan di Johor pada Sabtu,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Selain itu turut bersama menjayakan misi bantuan ini adalah pasukan perubatan BNCOMMS yang dilaksana oleh Medisena Care & Optimum Malaysia.

Pasukan perubatan (Team Medic BN) menyediakan rawatan percuma kepada yang memerlukan.

“Kami memulakan minggu terakhir misi ini daripada Pusat Operasi Bantuan Bencana BN dan BNCOMMS di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur,” katanya.

BACA juga:

Original Article

Berkaitan