Sabotaj Parti: Tindakan Tegas Termasuk Lucut Keahlian Sebelum PRU Akan Diambil

Tindakan lebih tegas termasuk dilucut keahlian akan diambil terhadap anggota Umno yang dikesan mensabotaj parti itu sebelum pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu bertujuan mengelak risiko kehilangan lebih banyak sokongan terhadap parti itu.

Beliau berkata sebelum ini tindakan tata tertib hanya dilakukan selepas pilihan raya berakhir namun ia sudah terlewat untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata masalah dalaman parti kebanyakannya berpunca daripada individu yang merasakan mereka layak menjadi calon pilihan raya namun tidak dipilih parti bagi bertanding di sesebuah kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Pihak ibu pejabat (Umno) telah meminta tiga nama bagi tiap-tiap kawasan DU Ndan Parlimen dan tidak mustahil dua daripada tiga nama itu akan marah kerana tidak dapat menjadi calon, ditambah pula mungkin ada calon-calon yang datang daripada senarai yang tidak dikemukakan oleh bahagian tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Kem Terendak di sini, Isnin.

Malah, katanya, mengikut kajian yang dilakukannya, sebanyak 47 kawasan Parlimen di seluruh negara disabotaj anggota parti sendiri pada pilihan raya umum 2008 menyebabkan masalah kehilangan sokongan terhadap parti itu.

Justeru, Ahmad Zahid berkata Jawatankuasa Disiplin Umno kini telah menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan tindakan undang-undang dan tata tertib yang boleh diambil jika terdapat sabotaj oleh anggota parti itu.

Ditanya sama ada tindakan tegas tersebut akan memudaratkan parti itu, Ahmad Zahid berkata mereka yang terlibat lebih baik dipecat daripada melakukan sabotaj sebagai pengajaran kepada anggota parti yang lain.

Beliau menjelaskan anggota parti itu di setiap peringkat perlu mempunyai sifat tanggungjawab dan mengenepikan kepentingan peribadi untuk kebaikan Umno.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menasihatkan anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak melobi untuk menjadi calon pilihan raya umum akan datang.

Katanya kepimpinan parti itu kini sedang meneliti senarai calon dan mendapat maklum balas daripada semua pihak.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...