UtamaNASIONALSPR Minta Pemilih Semak...

SPR Minta Pemilih Semak Butiran Dari Sekarang - pakdin.my

Seorang lelaki melayari laman daftar pemilih. Golongan pengkritik mempersendakan nama-nama pelik yang dipaparkan dalam daftar pemilih berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua yang telah berdaftar sebagai pemilih, terutama yang mendaftar pada suku pertama tahun ini, agar menyemak butiran mereka dengan SPR dari sekarang.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata semakan itu perlu bagi SPR membuat pindaan atau pembetulan jika ada kesilapan, sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung.

“Jangan tunggu sehingga hari mengundi baru nak semak, ini akan menyukarkan kedua-dua pihak jika berlaku kesilapan dan sebagainya sebab kita tak tahu bila pilihan raya akan diadakan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Inovasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2011, di sini pada Isnin.

Sehubungan itu juga katanya SPR akan mengadakan kempen semakan daftar pemilih secara besar-besaran selama sebulan bermula 1 hingga 31 Jun ini di seluruh negara.

Beliau juga meminta 100,000 pemilih yang dikesan mempunyai alamat sama agar mengemas kini maklumat mereka dengan SPR bagi mengelak kesulitan apabila pilihan raya berlangsung kelak.

“Ini kerana segala butiran atau pindaan tidak boleh dibuat menerusi talian, SMS atau panggilan telefon kepada SPR, malah mengikut undang-undang SPR tidak ada hak untuk meminda alamat atau apa-apa butiran melainkan pemilih sahaja yang berhak membuat pertukaran dan pindaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata pemilih yang ingin melakukan pindaan perlu mengisi Borang A dan pindaan yang dibuat sebelum suku kedua tahun ini berakhir akan dipamerkan pada minggu ketiga bulan Ogos nanti.

Mengenai poster pilihan raya, Abdul Aziz berkata SPR akan memutuskan sama ada mewajibkan parti politik yang bertanding meletakkan nama pencetak dan penerbit pada poster yang mempunyai slogan parti.

“Perkara ini akan diputuskan esok dalam mesyuarat panel SPR. Dulu kita tarik balik arahan tersebut,” katanya menjelaskan perkara tersebut hanya meliputi poster yang tidak dicetak dan poster berslogan.

Poster yang hanya memaparkan gambar calon dan nama kawasan yang ditandingi tidak termasuk dalam peraturan ini, katanya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...