UtamaPOLITIKPILIHAN RAYA#PRNJohor: Wan Saiful perlu...

#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah - pakdin.my

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta untuk berhenti menyemai benih kebencian dan menjadi ejen pemecah belah antara parti beliau dan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Wan Saiful disarankan untuk menumpukan tenaga ke arah menjual tawaran parti PPBM sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful bahawa kumpulan yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ialah PPBM, bukannya UMNO.

“Ini bukan kenyataan pertama beliau menyerang UMNO, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, Bersatu sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri, kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat.

“Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermesyuarat pada 17 Ogos 2021 untuk memutuskan calon Perdana Menteri. Dengan restu dan persetujuan Presiden, Timbalan Presiden serta ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), UMNO dan BN hantar hanya satu nama calon iaitu Ismail Sabri.

“Tidak ada pertikaian, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana UMNO mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon PM,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai tuduhan UMNO ingin mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Shahril Sufian menyifatkan Wan Saiful kurang faham dengan semangat parti bermusyawarah sebelum membuat keputusan.

Katanya, tidak pernah sekali pun Presiden UMNO itu menuntut untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Jelas beliau, inilah realitinya semasa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan ia terjadi semasa Perdana Menteri bertukar.

“Malah pada 16 Ogos 2021, Presiden UMNO mengeluarkan kenyataan tidak pernah terlintas untuk beliau menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.

“Ini jelas sekali lagi bahawa UMNO memilih Perdana Menteri sebagai calon selepas mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara.

“Ketiga, tuduhan kluster mahkamah menyebabkan PRN dijalankan. Ketua Penerangan Bersatu mungkin lupa bahawa parti tersebut mengugut untuk tarik sokongan, lagi-lagi apabila Presidennya sendiri mengugut untuk ‘tekan butang’ semasa PRN Melaka.

“Dalam kata-kata Tan Sri sendiri, ‘saya tekan butang sekarang, jatuh kerajaan Johor’. Bukan kerana kluster mahkamah PRN ini dijalankan, tetapi kerana keadaan rapuh di Johor yang antaranya disebabkan oleh PPBM,” ujar beliau.

BACA juga:

#PRNJohor: Sokongan bersyarat Bersatu bermakna PM tak bebas, sentiasa diugut, kata Puad

#PRNJohor: Sokongan terhadap PM bersyarat, PPBM ingatkan Ismail

#PRNJohor: Tanding solo kerana trend sokongan kembali kepada BN, kata Zahid

#PRNJohor: Keadaan politik negeri hanya tenang di permukaan – Mohamad Hasan

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU