BERSIH – Gambar Dari Tujuh Lokasi Tentukan Jumlah Di Perhimpunan

KIRA PESERTA... Kaedah plot dilakukan petugas grafik Bernama pada gambar asal yang dirakam oleh jurufoto Bernama dari helikopter pada 28 April lalu untuk mengetahui Jumlah manusia di dalamnya. Taburan plot mendapati peserta BERSIH 3.0 di Jalan Silang adalah seramai 4,474 orang

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengumpulkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini dan menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran 22,000 peserta pada perhimpunan 28 April lalu.

Semasa memberi penjelasan teknik yang digunakan, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata ia menggabungkan perisian grafik mudah yang mana gambar-gambar diperbesar sebelum petak dimasukkan untuk memudahkan pengiraan bilangan orang.

Beliau berkata 10 peratus margin kesilapan ditambah kepada bilangan peserta untuk menggantikan mereka yang mungkin tersorok atau dilindungi di dalam gambar-gambar itu.

Katanya anggaran jumlah, tidak termasuk anggota keselamatan dan polis yang bertugas.

“Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto kami yang berada di dalam helikopter polis.

“Gambar-gambar peserta diambil sebelum mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kemudian gambar-gambar itu diperbesar sebesar saiz skrin komputer, iaitu tujuh inci kali tujuh inci, sehingga bilangan orang boleh dikira,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-44 agensi berita itu di Wisma Bernama di sini.

Hasnul berkata gambar-gambar itu diambil dari tujuh lokasi iaitu Jalan Tun Perak, simpang Jalan Tun Perak/Jalan Silang; simpang Jalan Sultan/Jalan Jebat; kawasan Pasar Seni; Jalan Pasar Besar; Jalan Kinabalu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa bilangan yang menyertai perhimpunan awam di ibu negara bulan lepas ialah 22,270 dan bukan beratus ribu seperti yang didakwa pembangkang.

“Kaedah pengiraan kami mungkin bukan yang terbaik, tetapi jumlah yang dikira adalah munasabah. Ia hampir sama dengan konfigurasi BBC (25,000),” kata Hasnul.

Walaupun sesetengah orang mungkin mempertikai anggaran jumlah Bernama ini, katanya, jumlah peserta memang tidak mungkin lebih daripada 100,000 atau 300,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Kami alu-alukan mereka yang mahu tahu mengenai kaedah ini. Ia bukan kaedah yang terbaik, tetapi ia menepati tujuannya,” katanya sambil berkata unit foto Bernama mengambil masa dua hari untuk meletakkan petak-petak itu dan membuat pengiraan.

Terdahulu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang hadir menyerikan majlis sambutan ulang tahun ke-44 Bernama itu.

Sejumlah 38 petugas menerima anugerah khidmat cemerlang dan mereka yang berkhidmat dengan Bernama selama 15, 25 and 30 tahun serta petugas yang bersara, turut menerima penghargaan.

Turut hadir ialah Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...