#PRNJohor: Ketika PN perintah ramai bunuh diri, angkat bendera putih, Najib bidas Azmin Ali - pakdin.my

Semasa berkempen untuk PRN Johor, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Azmin Ali kata antara kejayaan luar biasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) ialah mendapat pengiktirafan dunia sebagai kerajaan paling bagus dalam dunia bagi mengawal Covid.

Katanya, rakyat Johor khususnya pengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang perlu melihat rekod pencapaian pentadbiran kerajaan PN itu sewaktu negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

“Kita perlu teruskan kejayaan ini dan saya serahkan kepada rakyat buat keputusan dalam PRN Johor” kata Azmin semasa merayu kepada pengundi memilih PPBM/PN.

Namun data tak tipu.

Min, tengok graf kes baharu dan kematian Covid bagi Malaysia berbanding negara-negara ASEAN dan juga purata dunia bagi tempoh pentadbiran kerajaan PN yang tumbang pada Ogos 2021.

Bagi kes kematian, saya ambil data sehingga pertengahan bulan September 2021 sebab kerajaan PN banyak menyorok kes kematian. Backlog ini akhirnya dilapor oleh kerajaan baharu.

“Kematian tertunggak Covid-19 selesai tiga minggu lagi”
https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/kematian-tertunggak-covid-19-selesai-tiga-minggu-lagi/

Dalam tempoh itu, Malaysia adalah negara paling teruk dalam ASEAN dan antara paling corot di dunia.

Kita juara dunia Covid masa itu.

Kita juga laksanakan lockdown separuh masak dengan tempoh antara paling panjang dalam dunia sehingga kita tidak dibenarkan rentas negeri dan balik kampung bagi dua tahun berturut.

Kita asyik ditangga tercorot indeks-indeks Covid (Bloomberg, Nikkei, The Economist) masa itu.

“M’sia tercorot dalam indeks kemampuan untuk kembali normal lepas Covid-19”
https://www.malaysiakini.com/news/581460

Kita satu-satunya negara yang laksana darurat untuk gantung parlimen begitu lama sehingga Raja-Raja Melayu dan YDPA bertitah agar darurat tidak diteruskan.

Kita satu-satunya negara di ASEAN yang diturunkan penarafan sehingga Malaysia akhirnya kehilangan penarafan gred A kita sejak berpuluh tahun lalu..

“Fitch semak turun penarafan Malaysia, unjuran stabil”
https://www.astroawani.com/berita-bisnes/fitch-semak-turun-penarafan-malaysia-unjuran-stabil-271639

Min dah lupa bahawa zaman kerajaan PN adalah zaman “move, tutup. move tutup”, zaman ramai bunuh diri atau angkat bendera putih dan zaman kerajaan perlu rayu kepada rakyat derma kontena untuk simpan mayat.

BACA juga:

UTAMANAJIB RAZAK#PRNJohor: Ketika PN perintah ramai bunuh diri, angkat bendera putih, Najib bidas...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium