UtamaSelepas peraturan BAFIA dicabul,...

Selepas peraturan BAFIA dicabul, mana tindakan lanjut… - pakdin.my

SUATU ketika dahulu, negara dikatakan berada di bawah pemerintahan kuku besi kerana pihak berkuasa bertindak pantas dan tegas terhadap anasir jahat mahupun yang berniat jahat.

Malahan, di kalangan warga media sendiri tidak dikecualikan daripada tindakan jika didapati melanggar perundangan negara seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau mana-mana undang-undang lain dalam hasil karya mereka.

Bagaimanapun, kini terdapat golongan tertentu yang cuba mengambil kesempatan terhadap ketelusan dan keterbukaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cuba berselindung di sebalik pendekatan kesederhanaan kerajaan untuk menghalalkan perbuatan yang nyata sekali satu jenayah.

Jika sebelum ini profesion guaman dilihat tercalar akibat penglibatan sebilangan anggota dalam agenda politik, kini tiba pula giliran industri kewangan menerima nasib serupa.

Jenayah mendedahkan maklumat sulit perbankan dan kewangan individu mahupun syarikat telah beberapa kali dilaporkan berlaku bukannya atas kepentingan ramai tetapi melibatkan agenda politik.

Umpama ‘niat manghalalkan cara’ beberapa anggota parti politik pembangkang dilaporkan telah mencabul Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 apabila mendedahkan maklumat rahsia seteru mereka dan perkara itu juga disyaki melibatkan orang dalam institusi kewangan sendiri.

Dalam usaha melepaskan diri daripada dipertanggungjawabkan terdapat pula gerakan menghalalkan perbuatan membocorkan rahsia kewangan itu kononnya atas dasar mendedahkan kepincangan, dan demi kepentingan umum.

Walaupun terdapat banyak saluran disediakan termasuk oleh Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendedahkan maklumat berlakunya kepincangan, pihak terbabit tetap memilih untuk menyebarkannya kepada media dan umum demi menimbulkan kekeliruan serta syak wasangka.

Sejauh mana alasan ‘kepentingan umum’ dapat diterima demi menghalalkan perbuatan melanggar undang-undang untuk kepentingan peribadi pihak atau golongan tertentu sahaja?

Adakah sekadar menghalalkan pendedahan maklumat sulit pemimpin dan kenamaan sahaja atau mungkin rahsia mana-mana rakyat negara ini juga boleh dikongsi dengan masyarakat dunia?

Sama ada individu yang mendedahkan mahupun orang dalam indusrti kewangan yang dikatakan terlibat, adakah mereka akan diambil tindakan setelah menjatuhkan kredibiliti warga perbankan dan institusi kewangan negara?

Bagi Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE), J. Solomon, sebarang maklumat pelanggan bank tidak boleh didedah tanpa kebenaran kepada mana-mana pihak luar kerana semua itu adalah rahsia sulit.

“Pekerja bank yang memegang mana-mana jawatan sekalipun tidak boleh beri maklumat pelanggan kepada orang luar. Nube mahu dakwaan penglibatan seorang kakitangan bank dalam kes kebocoran maklumat kewangan baru-baru ini disiasat sama ada benar atau berlaku secara lain (kecurian),” Katanya.

Tegasnya, jika ada bukti kukuh penglibatan kakitangan bank, ia tidak boleh diterima sama sekali kerana telah ditetapkan dibawah BAFIA maklumat pelanggan itu perlu dirahsiakan.

Beliau turut menjelaskan, pihak bank masing-masing mempunyai prosedur tindakan tersendiri dalam menguruskan kejadian tersebut jika terbukti kakitangan mereka terlibat.

“Nube hanya akan membantu kakitangan bank itu jika didakwa tanpa bukti kukuh tetapi pihak kesatuan tidak akan bersetuju dengan perbuatan mendedahkan rahsia itu jika terdapat bukti kukuh.

“Terdapat prosedur dalaman dan juga mahkamah dalam situasi ini dan kita akan ikut tindakan majikan jika memang ada bukti kukuh penglibatan kakitangan tersebut,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan kesemua ahli NUBE mahupun kakitangan bank yang lain agar tidak terlibat dengan sebarang perbuatan pecah amanah sedemikian. Solomon menegaskan, selain hubungan pekerja dan majikan, kakitangan institusi kewangan juga tertakluk kepada perjanjian kolektif kesatuan dan juga undang-undang negara.

“Janganlah kerana politik kita terlibat dengan perbuatan begini, semua kakitangan perlu menjaga tanggungjawab mereka kepada pelanggan. Kita tidak boleh terlibat dengan sesuatu yang bercanggah dengan polisi sedia ada, walau apa pun ideologi politik kerana ini amanah daripada pelanggan,” jelasnya.

Beliau turut menasihatkan mana-mana kakitangan bank yang terlibat kepincangan atau salah laku, termasuk perbuatan membocorkan maklumat agar melaporkannya kepada majikan atau saluran yang telah disediakan.

“Jika takut ataupun pekara itu melibatkan kakitangan berjawatan lebih tinggi, mereka juga boleh melaporkan kepada NUBE atau Bank Negara dan identiti mereka akan dirahsiakan. Tidak perlu risau untuk tampil ke depan bersama bukti yang kukuh jika nampak atau tahu sesuatu yang tidak kena berlaku,” tegasnya.

Tambahahnya, perbuatan mendedahkan rahsia kewangan mana-mana individu mahupun syarikat tanpa kebenaran pemiliknya perlu disekat dengan segera kerana ia umpama penyakit berjangkit yang mudah merebak.

“Kita perlu halang segera perbuatan sebegini kerana bukan sahaja akan menjejaskan imej bank yang terlibat malahan semua industri perbankan dan institusi kewangan negara.” katanya.

Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam juga berharap Bank Negara bertindak pantas dan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam melanggar peruntukan BAFIA dan mendedahkan nama-nama individu mahupun syarikat tanpa kebenaran.

“Peruntukan BAFIA kita kena ikut, jika berlaku kesilapan atau tidak ikut maka keadaan akan menjadi teruk. Jika bank negara tidak ambil tindakan tegas, orang tidak akan pedulikan BAFIA lagi kelak dan keresahan orang ramai juga pasti sukar untuk dikawal.” jelasnya.

Beliau berpendapat, tahap keyakinan terhadap sistem perbankan dan institusi kewangan tempatan juga boleh menurun ada perbuatan terebut, seterusnya menjejaskan pelaburan domestik dan juga dari luar.

“Banyak implikasinya. Kes-kes melanggar undang-undang perlu diambil tindakan pantas dan tegas, jika tidak orang akan ingat bank negara dipengaruhi orang politik. Semua agensi mempunyai sistem kawalan mereka sendiri. Bank negara juga jangan lemah dan ikutlah sistem sedia ada untuk bertindak,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai juga kini sedang tunggu dan lihat perkembangan isu berkenaan serta mula mempersoal kenapa belum ada tindakan diambil pihak berkuasa.

Tegasnya lagi, jika tidak bertindak dengan segera, kejadian mendedahkan maklumat rahsia perbankan dikhuatiri akan menjadi semakin teruk kelak.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...