[Video] 32 ahli PPBM Maran keluar parti sertai UMNO - pakdin.my

Seramai 32 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Maran mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, pada Rabu.

Kumpulan ahli Bersatu diketuai Ketua Srikandi PPBM bahagian itu, Siti Nora Mohamad Noor,43 menyerahkan borang keahlian mereka kepada Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Siti Nora berkata, keputusan mereka keluar parti kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap hala tuju parti itu.

Menurutnya, kelemahan kepimpinan parti sama ada di peringkat bahagian, negeri dan pusat antara faktor mereka memilih untuk meninggalkan PPBM.

“Bukan hanya kami tetapi kira-kira 100 ahli PPBM Bahagian Maran dijangka mengambil langkah sama,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO di Dewan Kediaman Menteri Besar di sini, pada Rabu.

Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Siti Nora yang menyertai PPBM sejak April 2021 berkata, keputusan mereka menyertai UMNO kerana parti itu dilihat berada di landasan tepat dalam menjaga kepentingan rakyat.

“UMNO juga sentiasa memperjuang dan mempertahankan kedaulatan negara, agama dan bangsa,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja menyertai parti itu.

Menurutnya, keputusan ahli PPBM itu adalah atas kerelaan mereka tanpa paksaan.

“Tiada paksaan, ugutan atau ganjaran kerana saya sendiri tidak mengenali beliau begitu juga dengan ahli lain.

“Pasti mereka sudah hilang keyakinan terhadap PPBM dan keputusan diambil untuk menyertai UMNO satu langkah tepat,” katanya.

https://youtu.be/IV0zg9PWp40

UTAMAPOLITIK 32 ahli PPBM Maran keluar parti sertai UMNO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium