#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang - pakdin.my

Wanita PKR Johor kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi ‘mudah menang’ kepada MUDA pada pilihan raya negeri (PRN) itu nanti.

Ketuanya Napsiah Khamis mempersoalkan tindakan itu kerana baginya Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa berpotensi dipertahankan Pakatan Harapan (PH).

“PH sepatutnya kena jaga kerusi yang macam ni, kita tidak tahu bagaimana kesetiaan MUDA kepada kita, tidak teruji pun lagi, jadi itu yang kita pertikaikan,” katanya.

DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada MUDA untuk ditandingi.

Kerusi itu dilihat berpotensi dimenangi memandangkan PH menang di kawasan berkenaan dalam dua pilihan raya sebelum ini.

Pada PRU14, DUN Puteri Wangsa mempunyai pengundi 39% Melayu, Cina 50%, India 10% dan lain-lain 1%.

Mazlan Bujang daripada Bersatu, yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti 24,959 undi.

Napsiah yang juga penyelaras DUN berkenaan berkata pasukannya telah melakukan gerak kerja di kawasan berkenaan bagi menghadapi PRN Johor.

Menurutnya, dalam perbincangan awal, Amanah menamakan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Kita serah kepada Amanah sebagai rakan komponen yang lama dengan kita sebab kita percayakan mereka dan ia adalah kerusi menang, jadi kita nak PH menang.

“Kita bagi kepercayaan kepada Amanah…tapi mereka beri kepada MUDA dan calon MUDA tak ada jentera, bilik gerakan,” luahnya kecewa.

Buat masa ini, katanya, mereka belum memutuskan sama ada mahu berkempen untuk MUDA kerana perlu berbincang bersama akar umbi.

Secara keseluruhannya DUN Johor mempunyai 56 kerusi. Hari penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 26 Feb, manakala hari mengundi pula jatuh pada 12 Mac.

UTAMAPILIHAN RAYA#PRNJohor: Wanita PKR Johor kecewa Amanah beri MUDA kerusi mudah menang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium