Ajaran sesat membuat penempatan di Muallim dibawa dari negeri jiran - pakdin.my

Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti bertapak di Muallim dipercayai dibawa oleh pihak luar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kumpulan terbabit dipercayai bergerak dari negara jiran sebelum membuat penempatan di sebuah kawasan di daerah itu bagi menyebarkan ajaran yang menyalahi akidah.

“Kumpulan itu bergerak dari negeri lain sebenarnya iaitu dari negeri jiran kemudian buat penempatan di kawasan Muallim.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh ulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk),” katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta berbasikal Kayuhan Reunion antara Cliffordian Cycle Team (CCT) dan Old Cliffordian Associatian di Dataran Pavillion di sini pada Ahad.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan bahawa JAIPk telah mengesan penyebaran ajaran meragukan oleh pihak tertentu di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin dilaporkan berkata, ajaran meragukan itu berselindung di sebalik faktor ekonomi bagi mengembangkan pengaruh.

BACA juga:

UTAMABERITAAMAjaran sesat membuat penempatan di Muallim dibawa dari negeri jiran

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium