Lantai bilik runtuh, lelaki maut tertimbus - pakdin.my

KUCHING: Seorang lelaki berusia 58 tahun ditemui maut di bawah runtuhan lantai bilik tidurnya di Kuching petang semalam.

Kejadian disedari oleh abang mangsa setelah beberapa hari gagal menghubunginya.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.56 petang dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang kemudian dikejarkan ke lokasi di Star Garden.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati lantai bilik tidur yang terletak di tingkat satu telah runtuh dan terdapat seorang lelaki berumur 58 tahun berada di bawah runtuhan berkenaan.

“Pihak bomba membongkar timbunan peralatan dalam runtuhan tersebut dan berjaya menemui mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari lepas,” menurutnya, lapor Kosmo.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut setelah operasi tamat pada 4.28 petang, tambahnya.

UTAMABERITALantai bilik runtuh, lelaki maut tertimbus

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium