i-Citra: PM tidak benarkan kerana ‘sokongan bersyarat’ PN kata Najib - pakdin.my

Saya gembira melihat Ketua Penerangan PN telah mengulang sokongan terhadap pengeluaran terakhir KWSP RM10k bagi pencarum pendeposit hari ini.

Tapi dia tidak patut dan ianya tidak adil untuk salahkan PM9 sahaja ataupun berasa hairan walaupun permintaan ini memang antara keputusan MKT UMNO semasa kami sokong Ismail Sabri menjadi PM.

Setahu saya, isu i-Citra RM10k ini telah di bawa ke mesyuarat kabinet PM9 untuk dibincang tetapi telah dibantah oleh beberapa menteri-menteri PPBM, Menteri Kewangan yang dilantik PPBM dan parti-parti lain.

Sebab itu, ianya tidak berjaya diluluskan oleh kabinet sebab sokongan pada PM9 dari PN adalah bersayarat.

Memandangkan PN telah pun kata sokongan bagi PM9 adalah bersyarat dan dia memang calon PN sebagai Perdana Menteri maka saya harap Ketua Penerangan PN akan suruh menteri-menteri PN yang pernah membantah sebelum ini untuk U-turn dan sokong permintaan i-Citra RM10k kali terakhir ini pula.

UTAMANAJIB RAZAKi-Citra: PM tidak benarkan kerana 'sokongan bersyarat' PN kata Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium