“Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin” @NajibRazak Akan Menyampaikan Ucaptama

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan ucaptama dan merasmi “Seminar Antarabangsa : Fiqh Mentaati Pemimpin†di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, yang bermula pada 15 Jun.

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata seminar tiga hari itu bertujuan membincangkan isu ilmu fiqh yang berkaitan hubungan rakyat dan pemimpin.

“Seminar ini akan membincangkan pandangan pelbagai ulama dan cendekiawan Islam serta menganalisis pengalaman negara Arab dalam menangani isu ketaatan terhadap pemimpin,†katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata tujuh kertas kerja akan dibentang termasuk “Fiqh Mentaati Pemimpin†oleh bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim.

Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly masing-masing akan membentang kertas kerja bertajuk ‘Harapan Ummah Kepada Pemimpin Dunia Islam’ dan ‘Adaptasi Kepimpinan Nabi Dalam Pentadbiran Negara’, katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan penajaan bernilai RM3.5 juta bagi seminar itu daripada Kumpulan Naza yang disampaikan Pengarahnya Puan Sri Zaleha Ismail kepada pengerusi seminar, Mohd Yusof Din.

Penajaan itu termasuk 600 kereta Chevrolet Captiva yang dijadikan pengangkutan rasmi pada seminar itu.

Abdullah berkata kira-kira 1,200 peserta Malaysia dan luar negara termasuk Sudan, Oman, Singapura dan Brunei dijangka menyertai seminar ianjuran bersama Persatuan Generasi Bestari dan MyKMU.net.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata syarikat menaja seminar itu berikutan komitmennya ke arah mengukuhkan kesepaduan ummah di Malaysia.

“Inilah peranan badan korporat seperti Kumpulan Naza kerana penglibatan kami di negara ini perlu lebih daripada hanya berniaga.

“Kami mahu lebih serius dalam membangun dan memperkasakan umat Islam di Malaysia. Inilah yang dimahukan allahyarham ayah saya (Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin),†katanya.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...