[Video] Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak - pakdin.my

Seorang pemuda berusia 22 tahun dikenali sebagai Fenil Goyani dengan kejam mengelar rakan satu kolej selepas cintanya ditolak dalam satu kejadian pukul 6 petang, Sabtu lalu, lapor NDTV.com

Kejadian yang tular di media sosial itu dilaporkan berlaku di Surat, India, selepas pemuda tersebut menjadikan gadis bernama Grishma Vekariya, 21, sebagai tebusan sebelum membunuhnya di tempat kejadian.

Menurut laporan media tempatan, pemuda yang berasal dari kawasan kejiranan Kapodra telah lama suka kepada mangsa sebelum meluahkan perasaannya, tetapi telah ditolak.

Akibat tidak dapat menerima penolakan itu, Goyani bertindak kejam mengelar leher mangsa di tempat awam selepas cubaan memujuknya untuk melepaskan gadis tersebut gagal.

Selepas berbuat demikian suspek cuba membunuh diri dengan meminum racun serta mengelar pergelangan tangan.

Insiden ngeri itu telah dirakam beberapa penduduk yang berada di tempat kejadian, memperlihatkan beberapa ahli keluarga mangsa meminta tolong supaya suspek melepaskan gadis tersebut.

Sebelum semua itu berlaku, Goyani dikatakan telah ke rumah mangsa menggunakan sebuah motosikal dan bertemu dengan gadis berkenaan di luar rumah untuk bersembang.

Namun, semuanya bertukar tragedi apabila pemuda itu tiba-tiba bertukar menjadi ganas selepas tidak dapat menerima kenyataan cintanya ditolak.

Apabila cuba dipujuk pak cik mangsa, Goyani meminta supaya tiada sesiapapun mendekatinya, dan kemudian bertindak menikam lelaki berkenaan.

Media tempatan juga melaporkan suspek telah ditangkap polis berada dalam keadaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan selepas cuba membunuh diri.

Menurut Polis Surat, Deputi Superintendan BK Vana suspek bakal didakwa membunuh.

@utusantvofficial Soal cinta ni bahaya betul. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia ♬ original sound – UtusanTV

BACA juga:

UTAMADUNIA Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium