[Video] Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih - pakdin.my

MELAKA – Seorang lelaki dipercayai menikam dirinya sendiri sehingga mati selepas membunuh bekas kekasihnya di sebuah rumah di Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 4 petang, mayat lelaki berusia 33 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam objek tajam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, pihaknya dihubungi orang awam yang memaklumkan perkara itu sebelum pasukan polis ke lokasi kejadian dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.

“Mayat lelaki ditemui dalam bilik tidur dengan berlumuran darah dipercayai akibat tikaman sendiri.

“Polis turut menemui pisau dipercayai senjata digunakan dalam kejadian itu,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Bagaimanapun beliau berkata, motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis.

Katanya, sebelum kejadian, lelaki dan wanita terbabit dipercayai bertengkar dan ada yang mendengar jeritan dari rumah tersebut.

“Ada rakan yang cuba membantu namun disebabkan pintu berkunci individu itu tidak dapat masuk lalu menghubungi polis,” katanya.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian, kita menemukan senjata dan minyak tanah berhampiran si mati lelaki.
.
“Pada badan wanita pula terdapat kesan tusukan senjata tajam, namun belum boleh mengesahkan apa-apa kerana ia masih di peringkat awal siasatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
.
PETUGAS kesihatan tiba di lokasi kejadian bagi memeriksa keadaan mayat wanita yang dipercayai positif COVID-19.
.
Beliau berkata, petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian juga mengesahkan mangsa wanita positif COVID-19.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


BACA juga:

UTAMABERITA Tikam diri selepas bunuh bekas kekasih

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium