Ambil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja, kata Zahid - pakdin.my

EPISOD BAHARU : MUSIM PILIHANRAYA

Menjelang sahaja musim PRK atau PRN, akan keluarlah cerita, pemimpin UMNO bawa fail. Pemimpin UMNO buat rundingan. Pemimpin UMNO itu, pemimpin UMNO ini.

Jika tidak ada pilihanraya, tidak keluar apa-apa cerita. Tiada fail, tiada rundingan. Sekali pun pada masa tersebut, si penjaja cerita memegang jawatan tertinggi dalam negara. Tetapi oleh kerana tidak ada pilihanraya – PRK atau PRN – maka semua cerita yang dikatakan itu seperti tidak perlu didedahkan.

Dalam hal ini saya ingin menegaskan beberapa perkara.

a) Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin Ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah. Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan.

b) Bagi membuktikan kebenaran ini, saya sanggup dan bersedia untuk melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat TSMY ke atas saya.

c) Jadi saya ingin bertanya, adakah beliau juga bersedia dan sanggup untuk melakukan perkara yang sama? Iaitu bersumpah laknat bagi mengesahkan tuduhan jahat beliau ke atas saya?

d) Saya ingin tegaskan bahawa semasa saya menjadi Presiden UMNO, saya sendiri secara peribadi menyokong dan menaikkan TSMY sebagai PM dengan meminta 43 ahli-ahli Parlimen BN khususnya dari UMNO untuk menyokong beliau dengan menandatangani SD.

e) Sedangkan, sewaktu beliau menjadi Menteri Dalam Negeri, beliau yang pada satu peringkat hampir menandatangani pembatalan pendaftaran UMNO. Malah, semasa beliau masih menjadi PM, beliau yang ligat membuat percaturan belakang dengan menyusun pelbagai usaha dan pelan untuk memecahbelahkan UMNO dari dalam. Ini termasuklah dengan menawarkan ‘scheme of things’ kepada beberapa anggota pimpinan UMNO.
Dalam cerita-cerita ini, prinsipnya mudah – kebenaran itu berpilih-pilih. Perkara yang dianggap jahat dan menyalah gunakan kuasa hanya akan menjadi salah dan jahat jika tidak menyebelahi pihak mereka.

Semua mengetahui bahawa sebaik sahaja PH dan Bersatu berkuasa, beberapa siri tekanan telah diberikan. Antaranya:

a) UMNO mesti menyingkirkan DS Najib dan saya sendiri serta mana-mana pemimpin yang berselisih secara peribadi dengan mana-mana pemimpin PH dan Bersatu.

b) Pemimpin-pemimpin UMNO mesti dituduh dan didakwa sebanyak mungkin. Melainkan mereka bersetuju untuk menyertai Bersatu, maka tuduhan-tuduhan tersebut akan digugurkan serta merta, seperti keistimewaan yang diberikan kepada DS Mustafa Mohamad dan YB Mas Emeryati yang pada mulanya dituduh namun digugurkan tuduhan mereka.

c) Pemimpin UMNO mesti membuktikan mereka bersih dan tidak bersekongkol dengan kejahatan dengan cara membubarkan UMNO sepenuhnya.

d) Pemimpin UMNO mesti mengelakkan diri dari disiasat dengan membawa masuk seramai mungkin ahli dan pemimpin UMNO ke dalam Bersatu.

e) Pemimpin UMNO dianggap sebagai terus bersalah sekali pun pendakwaan atau perbicaraan mahkamah masih berjalan. Manakala, jika pemimpin di pihak mereka seperti Syed Saddiq dan Lim Guan Eng yang didakwa, mereka bukan kluster mahkamah dan prinsip innocent until proven guilty terpakai kepada mereka. Tetapi tidak kepada pemimpin UMNO.

Jadi, saya tidak pelik. Cerita pemimpin UMNO bawa fail, merayu, berunding atau apa sahaja. Semua itu akan terus keluar. Dan percayalah, saya memberi spoiler awal di sini. Selepas ini pasti akan lebih banyak cerita.

Kita tunggulah selepas penamaan calon dan tempoh berkempen dalam PRN Johor nanti. Pelbagai cerita pemimpin UMNO akan terus dijaja. Strategi mereka, jika tidak boleh menyerang calon-calon UMNO di Johor, alihkan perhatian ke drama di peringkat nasional.

Ayuh, ambil popcorn, kita tunggu episod seterusnya. Yang pasti, saya yakin, pengundi Johor lebih arif menilai semua ini.

BACA juga:

UTAMAPILIHAN RAYAAmbil ‘popcorn’, tunggu kisah pemimpin Umno dijaja, kata Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium