[Video] Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin - pakdin.my

Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong mendesak siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilakukan berhubung kenyataannya mengenai situasi kewangan negara.

Ketua pergerakan itu, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, maklumat kewangan negara adalah berkaitan maklumat sulit yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Beliau berkata, Muhyiddin bukan seorang daripada menteri Kabinet atau Perdana Menteri yang masih berkuat kuasa atau individu yang berhak dibekalkan dengan mana-mana maklumat sulit negara.

“Tindakan dan kata-kata Muhyiddin kelihatan menjurus kepada ketidakpatuhan terhadap dokumen rasmi negara yang dipercayai ianya tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Pemuda UMNO Parit Sulong mendesak satu siasatan dimulakan di bawah akta berkenaan untuk menyiasat kesahihan perkara tersebut.

“Atau kemungkinan terdapat percubaan untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah akta sama dan undang-undang yang lain yang mana keadaan itu boleh mengundang mudarat kepada negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd. Fared berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Parit Sulong, malam tadi susulan dakwaan Muhyiddin bahawa beliau memperoleh maklumat mengenai kewangan negara daripada Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Muhyiddin mendakwa negara menghadapi masalah kewangan yang lebih besar berbanding yang dimaklumkan oleh kerajaan Persekutuan dan butirannya akan didedahkan pada masa yang sesuai.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu turut mendakwa pentadbiran Barisan Nasional tidak akan dapat menjamin masa depan cemerlang ketika negara seperti Vietnam dan Indonesia sedang meninggalkan Malaysia dalam pembangunan ekonomi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan dan akan memanggil pihak pengadu untuk diambil kenyataan.


UTAMAPILIHAN RAYA Pemuda UMNO buat laporan, desak siasat kenyataan Muhyiddin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium