Satu Lagi Projek Kerajaan Negeri Kedah Didakwa Tanpa Tender Terbuka - pakdin.my

Selepas membangkitkan mengenai tiga projek kerajaan negeri yang dibuat tanpa tender terbuka, parti Gerakan Kedah hari ini mendedahkan satu lagi projek yang didakwa tidak menggunakan tender terbuka seperti yang dijanjikan pakatan pembangkang.

Projek itu ialah pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri, di Kuala Ketil yang menelan belanja RM330 juta.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata projek itu dilaksanakan oleh anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) (yang dimiliki 55 peratus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah) iaitu Kedah Sato Sdn Bhd tetapi syarikat itu kemudian didakwa melantik syarikat lain untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan itu.

Beliau berkata pada September 2009, kerajaan negeri melantik Kedah Sato untuk membina kampus tetap Kuin dengan nilai kontrak sebanyak RM330 juta.

“Pada 2010 pula, Kedah Sato membuat pinjaman daripada Bank Islam (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM330 juta untuk membiayai projek itu dan tahun berkenaan juga syarikat itu melantik IJM Construction Sdn Bhd untuk membuat kerja-kerja kontrak kampus itu.

UTAMABERITASatu Lagi Projek Kerajaan Negeri Kedah Didakwa Tanpa Tender Terbuka

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium