[Video] Gondola berpusing akibat angin kencang cetus suasana cemas - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Kejadian sebuah gondola bersama beberapa pekerja terbuai dan berpusing-pusing beberapa minit akibat angin kencang di luar sebuah bangunan pencakar langit di Jalan Kamuning di sini, hari ini, mencemaskan orang ramai.

Menerusi beberapa rakaman video kejadian itu yang tular, beberapa individu di dalam gondola itu dilihat cuba mengimbangkan diri dalam gondola yang berpusing-pusing dan turut menghentam struktur bangunan.

Kejadian itu jelas mendatangkan cemas kepada orang ramai yang melihat kejadian sebelum kedengaran suara perakam meminta pasukan bomba dihubungi untuk membantu mangsa.

Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 3.56 petang.

Bagaimanapun, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi, kejadian sudah selesai tanpa sebarang kejadian buruk berlaku.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Junain Bahau, berkata sebaik bomba tiba di lokasi, wakil pemaju tapak pembinaan memaklumkan mangsa yang tersangkut pada gondola itu berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.

“Justeru, tiada tindakan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba di lokasi kejadian dan kes dianggap selesai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


UTAMABERITA Gondola berpusing akibat angin kencang cetus suasana cemas

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium