[Video] Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 63 tahun - pakdin.my

Hasrat Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah untuk menimang cahaya mata pada tarikh unik iaitu 22 Februari 2022 menjadi kenyataan apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 2.27 petang sebentar tadi.

Anak ketiga pasangan tersebut dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan dengan seberat 2.84 kilogram.

Jamal, 63, Ketika dihubungi menzahirkan rasa syukur segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, sudah selesai urusan bersalin isteri saya. Terima kasih buat semua yang mendoakan.

“Saya punya gementar dan cemas hinggakan waktu azankan bayi pun tersasul. Rasa macam tak percaya pada usia 63 tahun masih dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sendiri,” katanya.

Uniknya, anak ketiga pelantun lagu Gadis Melayu itu dilahirkan pada tarikh cantik dan mudah diingati.

“Harapan dan impian saya anak ketiga saya akan dilahirkan pada 2.2.22, insya-Allah,” katanya dalam satu temu bual bersama media baru-baru ini.

Sebelum ini, anak pertama pasangan berkenaan, Nur Azura Yamani yang kini berusia tiga tahun dilahirkan pada 10.10.2019.

Sementara itu, anak kedua mereka, El-Isaac Yamani pula dilahirkan pada 11.11.2020 melalui proses pembedahan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.

Jamal Abdillah dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada April 2017. Jamal turut mempunyai dua anak lelaki, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.



UTAMAGAYA HIDUPHIBURAN Jamal Abdillah timang anak kelima pada usia 63 tahun

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium