[Video] Besut dan Dungun pula dilanda banjir - pakdin.my

Kuala Terengganu: Besut dan Dungun menjadi daerah terbaru terjejas akibat banjir yang melanda Terengganu sejak pagi tadi.

Ia susulan pembukaan empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Besut dan dua di Dungun.

Setakat jam 10 malam tadi, seramai 1,533 mangsa daripada 432 mangsa ditempatkan di 30 PPS.

Kesemua mangsa terdiri daripada penduduk di daerah Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu, Besut dan Dungun.

Ia menunjukkan penambahan mangsa berbanding hanya 828 orang dipindahkan ke 13 PPS di tiga daerah di Kemaman, Setiu dan Hulu Terengganu.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Kemaman merekodkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 847 mangsa daripada 242 keluarga ditempatkan 15 PPS.

PPS di Dewan Orang Kampung Teladas mencatatkan jumlah perpindahan tertinggi apabila seramai 213 mangsa daripada 63 keluarga berada di PPS berkenaan.

Jumlah mangsa di Setiu turut meningkat kepada seramai 162 mangsa membabitkan 57 keluarga di empat PPS.

Ia menunjukkan peningkatan berbanding petang tadi yang hanya merekodkan seramai 149 mangsa daripada 53 keluarga di tiga PPS sebelum ini.

Sementara itu, lima PPS dibuka di Hulu Terengganu bagi menempatkan 97 keluarga membabitkan 387 mangsa.

Besut yang menjadi daerah terbaru menyaksikan 101 mangsa daripada 23 keluarga dipindahkan di empat PPS.

PPS di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dan Dewan Orang Ramai Kampung Shukor turut diaktifkan bagi menempatkan 36 mangsa daripada 13 keluarga.

Keadaan cuaca semasa ketika ini hujan lebat berterusan di kebanyakan tempat.


BACA juga:

UTAMABERITA Besut dan Dungun pula dilanda banjir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium