Mahkamah Tinggi Tetap 11 Jun Keputusan Saman Umno Terhadap Guan Eng - pakdin.my

Mahkamah Tinggi Rabu menetapkan 11 Jun bagi keputusan sama ada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman boleh meneruskan samannya terhadap Ketua Menteri negeri itu Lim Guan Eng dan tiga lagi.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan demikian setelah mendengar hujah daripada semua pihak, berhubung bantahan peguam Karpal Singh yang mewakili Lim, bahawa Zainal Abidin tidak boleh mewakili Umno kerana tidak diisytiharkan secara rasmi.

Zainal Abidin yang diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yonoos memfail saman itu pada 24 Okt 2011, dengan menamakan Lim yang juga Setiausaha DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily, dan akhbar Suara Keadilan, Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan, serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.

Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu.

UTAMABERITAMahkamah Tinggi Tetap 11 Jun Keputusan Saman Umno Terhadap Guan Eng

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium