[Video] 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu - pakdin.my

Tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Kampung Bahagia Jaya, Jalan Burung Beliris, Sibu pada malam Selasa.

Kebakaran yang dipercayai berlaku pada 8.12 malam tadi, meragut nyawa nenek berusia 81 tahun, Rashidah Suut bersama anak lelakinya, Taip Bus, 55, dan cucunya, Sima Abdullah, 18.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.12 malam.

Susulan itu, 19 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah serta Sibu bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati terdapat sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian.



UTAMABERITA 3 sekeluarga rentung dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya, Jalan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium