[Video] Kes Muhyiddin dan Tajuddin ‘NFA’, Xavier masih disiasat, kata menteri - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam klip audio yang didakwa suara Muhyiddin Yassin yang menawarkan jawatan politik dan kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran untuk sokongan politik terhadapnya.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat., Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata SPRM sudah selesai menjalankan siasatan terhadap isu klip audio yang melibatkan bekas perdana menteri itu.

“Hasil siasatan mendapati tiada elemen kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694),” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai).

Teo bertanyakan hasil siasatan SPRM terhadap rakaman audio yang didakwa membabitkan Muhyiddin itu, yang menawarkan jawatan politik dan kedudukan dalam GLC sebagai pertukaran untuk sokongan politik.

Pada Mei 2020, sebuah laman Facebook yang condong kepada Dr Mahathir Mohamad telah memuatnaikkan satu rakaman audio, yang dikatakan daripada mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada Februari 2020.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki yang suaranya mirip presiden parti, Muhyiddin Yassin kedengaran berkata bahawa ahli Parlimen Umno boleh dipikat untuk menyertai Bersatu jika mereka ditawarkan jawatan menteri atau GLC.

SPRM menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah itu selepas klip audio itu menjadi tular. Pada Julai 2020 adalah dilaporkan bahawa SPRM telah menamatkan siasatannya dan menyerahkan kertas siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata SPRM tidak menemui sebarang bukti penyalahgunaan kuasa dalam siasatannya terhadap bekas pengerusi bukan eksekutif Prasarana Tajuddin Abdul Rahman.

“SPRM telah selesai menjalankan siasatan terhadap ahli parlimen Pasir Salak. Hasil siasatan mendapati tiada keterangan melibatkan salah guna kuasa dan rasuah yang berlaku,” katanya kepada Teo dalam satu lagi jawapan bertulis parlimen semalam.

Suruhanjaya itu menyiasat Prasarana – GLC yang satu ketika dahulu diketuai oleh Tajuddin – berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Siasatan itu dimulakan selepas, antara lain, timbul dakwaan bahawa dia terlibat dalam projek yang melibatkan syarikat berkaitan keluarganya

Tajuddin ditahan pada Mei 2021 dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin. Adalah dilaporkan dia ditahan untuk membantu siasatan berkaitan pelantikan menantunya menyertai Prasarana.

Tajuddin telah dipecat sebagai pengerusi Prasarana beberapa hari selepas sidang media susulan pertembungan LRT di Kelana Jaya pada 24 Mei 2021.

Berhubung siasatan SPRM ke atas ahli parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar, Wan Junaidi berkata siasatan masih dalam proses.

“Siasatan bagi kes tersebut masih lagi berjalan. SPRM tidak dapat mendedahkan

butiran siasatan tersebut,” katanya.

Pada Februari tahun lalus, SPRM menahan timbalan pengerusi PKR Perak ketika itu MA Thinagaran, yang mempunyai kaitan rapat dengan Xavier berhubung siasatan ke atas sebuah pembangunan di Perak.

SPRM turut memulakan siasatan ke atas Xavier.

 

 

BACA juga:

UTAMABERITA Kes Muhyiddin dan Tajuddin 'NFA', Xavier masih disiasat, kata menteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium