Kes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam - pakdin.my

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini disiasat atas dakwaan salah guna kuasa, “belum terselamat” walaupun kes dihadapinya diklasifikasikan sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA), kata peguam.

Salam Bashir berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh membuka semula siasatan terhadap bekas pengerusi Prasarana itu, sekiranya menemui bukti baharu.

“Bagaimanapun, terpulang kepada pendakwa raya untuk memutuskan sama ada akan merangka pertuduhan di mahkamah walaupun ada bukti ydalam kes berkenaan,” katanya kepada FMT.

Respons Salim itu dibuat susulan jawapan balas kepada Teo Nie Ching (PH-Kulai) daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan SPRM tidak menemui elemen salah guna kuasa terhadap Tajuddin.

Salim berkata, tiada garis masa ditetapkan dalam memfailkan pertuduhan terhadap tertuduh atau suspek, justeru Tajuddin masih boleh berdepan tuduhan.

Beliau juga memberikan contoh kes melibatkan bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali, yang pada Januari 2016 telah membersihkan Perdana Menteri Najib Razak daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung SRC International dan kes rasuah membabitkan dana berjumlah RM2.6 bilion.

Apandi ketika itu berkata, beliau sudah mengkaji kertas siasatan SPRM dan berpuas hati tiada asas bagi tindakan diambil.

Bagaimanapun, pada 2018, Najib didakwa atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan menyelewengkan RM42 juta dana SRC sebelum disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2020.

Pada Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib, yang kini sedang merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.

Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang 1MDB dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion yang bermula pada 2019 masih berjalan di Mahkamah Tinggi.

Pada 2 Mac, Wan Junaidi berkata, dalam jawapan balas kepada Teo, bahawa siasatan terhadap Muhyiddin Yassin atas dakwaan menawarkan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pertukaran kepada sokongan politik juga diklasifikasikan sebagai NFA.

Beliau berkata, siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar bagi tuduhan rasuah masih berjalan.

Dalam pada itu, peguam Rafique Rashid Ali berkata, kes dadah membabitkan anak seorang taikun tidak boleh dibuka semula sekiranya benar tertuduh sudah mengaku bersalah bagi mengurangkan tuduhan selepas pihak pendakwa menerima representasi.

“Seseorang tidak boleh dibicarakan semula bagi kesalahan lain seperti pengedaran kerana fakta mungkin serupa dalam kesnya selepas mengaku bersalah memiliki dadah,” katanya.

Rafique berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang mahu fail kes membabitkan anak taikun itu dibuka semula.

Anwar berkata, sepatutnya tiada pendakwaan terpilih berhubung dakwaan rasuah.

Bulan lalu, portal pemberi maklumat, Edisi Siasat, dalam hantaran di Twitter mendakwa anak Vincent Tan ditahan kerana mengedar dadah “dalam kuantiti besar” pada awal 2020, selain mendakwa wujud perbuatan rasuah.

Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, menafikan dakwaan rasuah berlaku dan mengatakan seingatnya, tuduhan dikurangkan selepas representasi dan kertas siasatan dikaji oleh pegawainya.

Tidak diketahui secara jelas keputusan di mahkamah.

Rafique berkata, pendakwa hanya boleh mendakwa tertuduh dengan tuduhan sama atau berbeza sekiranya memperoleh keputusan dilepas tanpa dibebaskan daripada mahkamah.

“Dalam senario berkenaan, mereka boleh juga menuduh tertuduh sekali lagi selepas memperoleh bukti kukuh atau menjejak saksi,” katanya.

BACA juga:

UTAMABERITAAMKes NFA, namun Tajuddin ‘belum terselamat’, kata peguam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium