[Video] 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat - pakdin.my

TANJUNG MALIM: Hujan yang turun lebat tanpa henti sejak petang tadi hingga lewat petang menyebabkan kira-kira 10 rumah dilanda banjir kilat di Taman Bernam Perdana, dekat sini.

Kejadian banjir kilat dipercayai berpunca daripada aliran air dari kawasan bukit menyebabkan longkang di kawasan perumahan tidak dapat menampung isi padu air lalu melimpah masuk ke dalam rumah penduduk.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Bernam Perdana, Mohd Izwan Shahril, 39, berkata sejak tahun 2020 sudah tujuh kali kawasan perumahan ini dilanda banjir kilat.

Katanya, penduduk sebelum ini sudah memaklumkan kepada pihak pemaju mengenai masalah yang dihadapi penduduk dan tindakan sudah diambil, namun masih tidak dapat menyelesaikan kejadian banjir kilat.

“Longkang sedia ada mesti diperbesarkan kerana longkang berkenaan tidak dapat menampung air yang mengalir dari kawasan bukit bersebelahan perumahan ini.

“Setiap kali banjir kilat, penduduk terpaksa menanggung kerugian disebabkan kerosakan harta benda di dalam rumah,” katanya ketika dihubungi, dekat sini.

Mohd Izwan berkata, pihak pemaju perlu mengambil tindakan segera supaya masalah banjir kilat yang dihadapi penduduk setiap kali hujan lebat dapat diselesaikan dengan segera.

https://youtu.be/UrkhUFn7o-s

UTAMABERITA 10 rumah di Taman Bernam, Tanjung Malim dilanda banjir kilat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium