Karpal tersasul, kata Guan Eng – Boleh percaya ke?

Lim Guang Eng boleh kata Karpal Singh tersasusl tetapi kita boleh memikirkan sendiri agenda tersembunyi DAP. ANWAR tidak layak menjadi Perdana Menteri pada pandangan DAP.

PAS dan PKR tak usahlah menjadi baghal kepada DAP

GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh ada mengeluarkan kenyataan mengenai perjuangannya untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata,Karpal tersasul ketika mengeluarkan kenyataan di khalayak ramai dan ia diputarbelit oleh sesetengah media sehingga menjadi isu besar.

“Beliau (Karpal) tersasul ketika mengeluarkan kenyataan dan saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan. Ini hanya satu propaganda oleh sesetengah media sehingga ia menimbulkan keresahan kepada rakyat.

“Sesetengah media yang ‘dipegang’ oleh sebuah parti ini hanya tahu memutar belit  fakta sahaja, padahal Karpal hanya tersasul,” katabeliau kepada mediahari ini.

Menurutnya, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR menakluki Putrajaya kelak.

Guan Eng turut menafikan kenyataan kononnya beliau berminat dengan jawatan itu jika benar yang diperkatakan Karpal.

“Saya tidak layak untuk memegang jawatan itu (PM) kerana masih ada calon yang lebih layak,” kata beliau  tetapi tidak menyebut nama calon yang dimaksudkannya itu.

Kelmarin,sebuah akhbar melaporkan bahawa Karpal mengeluarkan kenyataan bahawa selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Banyak pihak memberi maklum balas berhubung kenyataan itu termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan sebuah akhbar dengan berkata Karpal ada memberitahunya bahawa beliau hanya menyebut Perlembagaan membenarkan semua rakyat Malaysia layak menjadi Perdana Menteri tetapi menafikan  menyebut ‘selagi hidup’.

MENARIK

BERKAITAN

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...