UtamaNASIONALPM Diminta Campur Tangan...

PM Diminta Campur Tangan Selesai Masalah Kuota Haji Akibat Demo BERSIH – Jamil Khir - pakdin.my

Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu.

Sebagai langkah awal, Jamil Khir baerkata beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji.

“Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini, Jumaat. “Duta sendiri (Fahad) ada menyebut negara lain yang menghadapi masalah seperti Mesir, Libya dan Iraq tidak membawa masalah itu ke tempat mereka kerana ini (Mekah dan Madinah) tempat ibadah. Kita ambil kira awal-awal perkara ini supaya jangan nanti sampai ke peringkat akhir kata kita tidak berusaha,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Jamil Khir berkata beliau turut memaklumkan kepada Fahad mengenai kebimbangan berkaitan kuota haji itu dan berharap ia diambil perhatian supaya pengumuman mengenai jumlah kuota diketahui sebelum awal Ramadan. “Biasanya awal Ramadan dah sampai makluman kepada kita, sekarang jemaah sudah mula ambil laporan kesihatan masing-masing, kalau kuota ini dalam proses yang tidak menentu lagi, ia akan merencatkan persiapan yang dah dilakukan,” katanya.

Beliau berkata jumlah terkini jemaah yang telah memenuhi syarat untuk menunaikan haji dan berada dalam senarai menunggu adalah seramai 930,000 orang manakala kuota haji pula terhad kepada 28,000 orang sahaja. “Kalau senarai ini kita tidak habiskan walaupun kita faham kuota kita terhad, dan ada lagi perkara-perkara yang boleh membantutkan keadaan, ia akan menyebabkan senarai ini semakin meningkat dan akan mengambil tempoh yang panjang (untuk dihabiskan),” katanya.

Jamil Khir berkata beliau juga akan menulis surat berkaitan kuota haji jemaah Malaysia kepada Menteri Haji dan Wakaf Arab Saudi yang akan disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar Kanan Haji, TH Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman minggu depan.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...