UtamaNASIONAL100 Peguam Bantu Peniaga...

100 Peguam Bantu Peniaga Terjejas Bersih 3.0 - pakdin.my

Lebih 100 orang peguam sukarela menawarkan perkhidmatan mereka untuk membantu membuat tuntutan ganti rugi bagi para peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas perniagaan mereka semasa perhimpunan Bersih 1,2 dan 3, kata Pengerusi Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md. Yusuf.

Jamal yang mewakili kumpulan anti-Bersih menggelarkan diri mereka ‘Bersih 4.0’ berkata ramai peguam telah menghubunginya dan mereka menawarkan khidmat secara percuma untuk mewakili peniaga-peniaga yang terjejas untuk menuntut ganti rugi daripada pihak berkenaan.

“Kita ingin menggesa peniaga di Kuala Lumpur, bukan sahaja peniaga kecil atau mereka yang berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman, malah siapa sahaja yang turut mengalami kerugian atau masalah boleh berjumpa dengan peguam-peguam ini,” katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Jamal dan beberapa peniaga yang menyertai sidang media tersebut turut memakai kemeja T, berwarna kuning yang tertera tulisan Bersih 4.0.

Zahrin Ishak, satu-satunya peguam yang hadir, berkata mereka sedang mengumpulkan maklumat mengenai peniaga-peniaga yang telah menjadi ‘mangsa’ yang menanggung kerugian daripada Perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.

“Kita harap, perkara ini akan dijadikan iktibar dan tidak diulangi pada masa akan datang,” katanya sambil menambah jenis saman yang akan difailkan adalah sama seperti saman kerajaan terhadap Bersih.

Pada 15 Mei lalu, kerajaan memfailkan saman terhadap Abmiga dan sembilan yang lain terhadap kerugian RM122,000 yang dikatakan ditanggung semasa Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.

Bersih 4.0 pula telah menyerahkan memorandum bantahan di hadapan rumah Ambiga dan ia terima oleh Pengerusi bersama Bersih, Datuk A. Samad Said.

Pada mulanya mereka bercadang untuk berniaga pasar malam di hadapan rumah Ambiga namun ia dibatalkan pada saat-saat akhir kerana mereka tidak mahu melanggar arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis.

Memorandum berkenaan menuntut Ambiga bertaubat daripada kesalahannya menganjur Perhimpunan Bersih kerana ia ‘benar-benar’ menyebabkan golongan peniaga mengalami kesusahan dan kerugian.

Jamal berkata himpunan yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 23 Jun depan dan mereka akan melawat stadium berkenaan pada Isnin untuk mendapat kebenaran untuk membuka gerai di sana.

Beliau berkata peniaga Cina secara sukarela turut menderma lima buah motosikal Modenas sebagai hadiah untuk cabutan bertuah.

Terdahulu, pengguna Internet yang melayari laman web sosial Facebook, dan menyukai laman web Bersih 4.0 berpeluang untuk memenangi kereta mewah, Lamborghini Gallardo dan BMW.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...