[Video] Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak - pakdin.my

SUBANG – Seorang pengawal keselamatan maut manakala rakan sekerjanya cedera akibat ditembak dalam kejadian rompakan berdekatan sebuah bank di Puchong Prima, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua pengawal keselamatan itu sedang membawa sejumlah wang.

“Mereka dikatakan sedang mengawal van keselamatan berkenaan ketika kejadian.

“Suspek yang menembak kedua-dua mangsa dipercayai berjaya meloloskan diri,” ujarnya.

Jelas beliau, maklumat lanjut berkenaan kejadian itu belum dapat dipastikan.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada kedua-dua mangsa hendak mengambil wang dari bank tersebut atau mengeluarkan wang dari van untuk dibawa ke bank di lokasi kejadian,” ujarnya.


UTAMABERITA Pengawal keselamatan maut, rakan cedera ditembak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium