Pesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan - pakdin.my

HULU TERENGGANU – Seorang pesakit Covid-19 yang melarikan sebuah motosikal kakitangan hospital maut dalam kemalangan selepas kenderaan ditunggang terbabas di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden berlaku jam 8 pagi menyebabkan lelaki berusia 66 tahun itu maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pesakit Covid-19 yang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu bermula 10 Mac lalu.

“Mangsa telah melarikan sebuah motosikal jenis Honda C100 milik kakitangan hospital yang diparkir di kawasan surau hospital kira-kira jam 6.30 pagi menghala ke arah Wakaf Tapai, Marang.

“Apabila sampai di persimpangan Bukit Perpat, mangsa telah menunggang motosikal secara melawan arus menghala ke sebuah kilang sebelum tiba-tiba terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di susur keluar berkenaan. Mangsa kemudiannya terjatuh di atas pembahagi jalan berumput,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan punca kematian masih dalam siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

UTAMABERITAPesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium