[Video] Terserempak ‘pak belang’ dalam ladang sawit di Ketengah Jaya - pakdin.my

DUNGUN – Tular dua video berserta audio suara memaparkan seekor harimau belang yang dikatakan berada di sebuah ladang sawit dekat Ketengah Jaya, di sini pada petang Selasa.

Video itu dipercayai diambil daripada dalam kenderaan yang berhenti beberapa meter di hadapan seekor harimau belang berdekatan pokok kelapa sawit di kawasan itu.

Rakaman berdurasi 30 saat yang dimuat naik pemilik akaun Tik Tok, Nur Zalia149 itu berserta keterangan memberitahu ia dirakam di ladang sawit di daerah itu.

Selain itu, terdapat satu lagi video tular berdurasi 26 saat yang juga memaparkan seekor harimau belang dimuat naik menerusi medium sama oleh pemilik akaun Kakilike777.

Rakaman video itu juga memaparkan seekor harimau duduk berdekatan pokok kelapa sawit namun dirakam daripada bahagian tepi harimau berkenaan.

Berdasarkan rakaman itu, harimau tersebut dikatakan harimau sama dan ditemui di lokasi yang sama.

Dua video itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan kemunculan harimau belang di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa netizen turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan haiwan itu kerana lokasinya didedahkan kepada umum.

Mohamad Azlie berkata, tindakan menularkan rakaman video mendedahkan haiwan itu kepada pemburu haram.

“‘Rule’ masuk hutan kalau jumpa binatang yang diburu dan hampir pupus jangan ambil gambar bang, selepas itu sebar,” tulisnya.

Selain itu, Blackpanda pula berkata, lokasi haiwan itu tidak wajar didedahkan kerana mengundang risiko kepada haiwan tersebut.

“Bang, kalau nampak harimau jangan beritahu tempat, banyak pemburu-pemburu tengok,” katanya.

Selain itu, ada juga yang berpendapat maklumat tersebut penting kerana ia sekurang-kurangnya membantu pekebun serta penduduk di kawasan itu untuk lebih berjaga-jaga.

Setakat pagi Rabu, kedua-dua video itu mendapat 532,000 dan 34,800 tontonan.


UTAMABERITAAM Terserempak 'pak belang' dalam ladang sawit di Ketengah Jaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium