KKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi - pakdin.my

Satu protokol pengundian yang selamat membabitkan pemilih positif Covid-19 menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya sedang dibincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa penularan Covid-19 akan kekal, justeru hak pengundi tidak sepatutnya dinafikan.

“Tetapi saya katakan kepada pegawai saya, Covid-19 akan kekal. Kalau kita nafikan hak mereka untuk mengundi, bermakna kita terus menafikan hak untuk berperlembagaan.

“Jadi, kita sedang memikirkan apakah cara paling selamat untuk mereka mengundi,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Khairy berkata, apa yang berlaku membabitkan seorang pengundi di pilihan raya negeri (PRN) Johor terdahulu mungkin boleh difahami berikutan belum ada protokol selamat disiapkan ketika itu.

UTAMAPILIHAN RAYAKKM bincang dengan SPR, sedia protokol selamat pesakit Covid-19 keluar mengundi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium