Utama NAJIB RAZAK Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP?...

Kenapa pula artis AJL boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP? kata Najib

Jangan datang ke Parlimen jika anda antara individu yang yang memeluk tokoh DAP, Lim Kit Siang pada kongres parti itu Ahad lalu – itu mesej bekas Perdana Menteri Najib Razak susulan berita bahawa mentor parti itu disahkan positif Covid-19 hari ini.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Najib turut mendoakan supaya Lim segera sembuh.

Najib berkata, beliau menyedari bahawa ramai orang telah memeluk veteran DAP itu pada kongres tahunan parti itu pada Ahad (di mana Lim telah mengumumkan persaraannya daripada politik).

“Saya doakan beliau cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.

“Tapi saya perhatikan Kit Siang banyak berpeluk dengan geng-geng DAP semalam.

Hantaran Najib itu susulan laporan berita mengenai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang turut disahkan positif Covid-19 selepas beliau menghadiri kongres parti itu.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata Ahli Parlimen daripada DAP yang telah memeluk Lim pada kongres parti harus melakukan kuarantin kendiri dan tidak perlu menghadiri persidangan Dewan Rakyat bagi memastikan tidak berlaku jangkitan di Parlimen akibat daripada kesilapan mereka.

Beliau turut mempersoalkan sama ada ahli DAP yang berkenaan patut dikenakan kompaun kerana berpelukan.

“Kenapa pula artis AJL (Anugerah Juara Lagu) boleh disaman berpeluk tapi KKM tak saman DAP?

“Saya tak berniat jahat tapi geng inilah yang paling seronok tuduh saya langgar SOP sehingga KJ saman saya banyak kali,” kata Najib yang merujuk kepada saman diterima dari Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana melanggar SOP.

Minggu lalu, Khairy berkata lima notis kompaun telah dikeluarkan kepada Najib kerana pelanggaran SOP semasa kempen pilihan raya negeri Johor.

Bagaimanapun, hanya satu yang disampaikan, kerana pegawainya enggan menerima empat lagi notis kompaun, kata Khairy.

Pada Mei tahun lalu, Najib didenda RM3,000 dalam dua notis kompaun kerana melanggar SOP di sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur.

Facebook Najib Razak

Exit mobile version