[Video] Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera - pakdin.my

LEBIH 60 orang cedera selepas stadium bola sepak sementara runtuh dalam satu kejadian di utara Kerala, India, malam kelmarin.

Memetik laporan TribuneIndia.com, pihak polis berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung bernama Poongodu yang sememangnya gila bola sepak.

Kejadian berlaku semasa perlawanan tujuh sebelah sedang belangsung.

Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan, dan tiada yang dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika perlawanan akhir antara dua pasukan tempatan sedang berlangsung.

“Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital berdekatan,” kata polis.

Lebih 2,000 penonton dilaporkan berada di stadium sementara itu ketika ia runtuh.

UTAMADUNIA Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium