Kes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu - pakdin.my

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,395 kes jenayah syariah direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua tahun bermula 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kesemua kes berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Syariah mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 969 kes direkodkan pada 2020, manakala 426 kes, tahun lalu.

“Kes khalwat merekodkan jumlah tertinggi dihadapkan ke Mahkamah Syariah iaitu 860 kes dengan 563 pada 2020, manakala tahun 2021 (297 kes).

“Ia diikuti kesalahan kahwin bersalahan dengan bahagian dua undang-undang keluarga Islam iaitu 99 kes, yakni 72 kes (2020) dan 27 kes pada 2021.

“Kesalahan persediaan persetubuhan luar nikah pula mencatatkan kes ketiga tertinggi iaitu 77 kes pada 2020, dan 20 kes tahun lalu,” katanya dalam jawapan bertulis pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.

Satiful Bahri berkata, kesalahan lain yang dihadapkan ke Mahkamah Syariah adalah berjudi, subahat, tidak solat Jumaat, poligami tanpa kebenaran mahkamah, perceraian tanpa kebenaran mahkamah dan memungut khairat tanpa kebenaran.

Terdahulu, Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pas-Batu Buruk) bertanya soalan mengenai kesalahan jenayah syariah yang dihadapkan ke mahkamah pada 2020 dan 2021

UTAMABERITAAMKes khalwat jenayah syariah paling tinggi ke mahkamah Terengganu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium