[Video] Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah - pakdin.my

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut ditetak di bahagian leher oleh suaminya kerana cemburu dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Segama di sini pada pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam, mangsa berusia 23 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat kecederaan parah sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki berusia 31 tahun berhubung kejadian itu pada jam 11.47 malam.

Menurutnya, suspek memaklumkan telah menetak isterinya dengan pisau sehingga tidak sedarkan diri dan disyaki telah meninggal dunia.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis yang bergegas ke lokasi mengesahkan kejadian itu apabila terdapat mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan di bahagian leher serta berlumuran darah.

“Ketika kejadian, suspek lelaki berusia 31 tahun telah bertengkar dengan mangsa sebelum bertindak pergi ke dapur untuk mengambil pisau serta menyerang mangsa,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Katanya lagi, suspek kemudian berjaya ditahan di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan lanjut motif kejadian dipercayai akibat cemburu. Suspek berkahwin secara adat di Kampung Pondo, Pulau Gaya, dekat sini sejak dua tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun.

“Suspek kini direman untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

BACA juga:

UTAMABERITA Angkara cemburu, wanita maut ditetak suami di Segama, Sabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium