UtamaNASIONALApa dah jadi ?...Ini...

Apa dah jadi ?…Ini baru ‘Himpunan Jutaan Belia’ – Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012 - pakdin.my

MALU BESAR…itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak ‘lawan tetap lawan’ dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.

Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.

Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.

beliaselangor2xx

Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.

Sebab apa… mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.

Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati  yang ada hanya petugas sahaja.

Program forum yang melibatkan ‘ikon belia PR’ aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.

beliaselangor5xx

Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.

Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.

Dalam erti kata lain, rugi besar.

Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.

Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.

Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.

beliaselangor6xx

Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada  empat kaunter pendaftaran mengikut kategori  iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.

Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.

Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.

Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.

Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu.

Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.

Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.

Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.

beliaselangor8xx

AGENDADAILY – Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa ‘RAKYAT’ sentiasa menyokong mereka.

Kalau bandingkan antara ehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka.- OLEH HELME HANAFI – 26/5/2012

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...