[Video] Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal - pakdin.my

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 10.25 pagi dan 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dikerahkan ke lokasi.

Ketika pasukan tiba, api sedang marak membakar kediaman dua tingkat itu.

“Pasukan menggunakan dua hos air yang sumber daripada jentera bomba.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran daripada sebuah bilik dalam rumah itu, sebelum api merebak ke bahagian lain,” katanya.

Menurutnya, hampir tiga jam diambil untuk mengawal dan memadam kebakaran, malah kini kerja ‘overhaul’ sedang berjalan bagi mengelak kebakaran berulang.

Kenyataan turut menyebut keseluruhan sembilan bilik musnah, manakala dua lagi rosak.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ada mangsa menumpang ke rumah saudara, selain menghuni khemah sementara menunggu bantuan tiba,” katanya.

UTAMABERITA Rumah panjang terbakar, 11 keluarga hilang tempat tinggal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium