UtamaPOLITIKDEMI GILAKAN KUASA NIK...

DEMI GILAKAN KUASA NIK AZIZ SANGGUP SERAH PUTRAJAYA KEPADA DAP - pakdin.my

Dua perkara berlaku sepanjang minggu lalu; pertama, terserlah niat sebenar parti rasis DAP yang telah dizahirkan secara lisan apabila Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh secara jelas mengatakan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di Malaysia pada suautu hari nanti.

Kedua pula, atas dasar tamakkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong sepenuhnya idea Karpal tersebut dengan sedikit perubahan iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri negara ini asalkan ia beragama Islam.

Bermakna jika esok Lim Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang hatta Karpal memeluk agama Islam, mereka secara otomatik, menurut pandangan Nik Aziz, akan layak dipertimbangkan untuk kedudukan Perdana Menteri.

Bagi orang Melayu yang akal fikirannya masih waras dan siuman, dan jika tidak mengetahui bahawa idea tersebut tercetus daripada minda seorang ‘Tok Guru’, sudah tentu mengatakan bahawa ia datangnya dari seorang yang gila atau sudah nyanyuk.

Apahal pun kedua-dua anggapan tersebut tidak tersasar jauh dari keadaan sebenar kerana Nik Aziz sememangnya sudah lanjut umurnya yang mencecah 80 tahun.

Mungkin sedikit sebanyak faktor nyanyuk sudah meresap ke dalam dirinya sebagaimana yang dibuktikan dengan sikap ‘flip flop’ berhubung isu muzakarah dengan Umno – sekejap bersetuju kemudian tidak bersetuju pula.

Mungkin juga Nik Aziz belum nyanyuk tetapi hanya gilakan kuasa kerana pada usia yang lanjut begitu masih mahu bertanding mempertahankan kerusinya dan kalau boleh kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

PAS telah membuktikan bahawa sememangnya parti itu tamakkan kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.

Jika dahulunya PAS berdegar-degar mencanangkan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangannya tetapi setelah selesa tidur sebantal dengan DAP, semangat itu sudahpun berjaya dilunturkan oleh sebuah parti yang rata-ratanya diterjaui oleh orang bukan Islam.

Kini PAS tidak mahu lagi negara Islam tetapi cukup sekadar negara kebajikan kerana hendak menjaga hati DAP!

Beginilah sifat munafik pemimpin-pemimpin beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat – semuanya gilakan kuasa dan sanggup menjual maruah agama dan masa depan bangsa sendiri, semata-mata kerana gilakan kuasa.

Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR yang buruk moral dan keperibadiannya dan dituduh sebagai peliwat pun sanggup dipertahankan oleh Nik Aziz.

Jadi tidak hairanlah jika beliau juga sanggup berkompromi dengan DAP jika itu diperlukan untuk mendapat kuasa politik.

Nik Aziz seolah-olah buta sejarah atau berpura-pura jahil apabila dengan senangnya mengatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri asalkan beragama Islam.

Sanggupkah Nik Aziz meletak jawatan sekarang dan menyerahkan posisi itu kepada Anuar Tan yang menjadi Exco Kanan dalam kabinet negeri Kelantan?

Kita mahu lihat samada Nik Aziz seorang yang berpegang kepada apa yang dicakapnya atau seorang yang bercakap secara sembrono, tidak mengggunakan akal.

Hakikatnya hanya Umno satu-satunya parti politik yang sanggup bergadai nyawa dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah dan kedudukan umat Melayu di negara ini.

PAS dengan kata-kata kosongnya hanya bermimpi disiang hari dan tidak mampu untuk melindungi sehelai rambut pun pada tubuh badan orang Melayu kerana ia sudah melacurkan diri pada golongan kafir yang anti-Melayu.

Bagaimanapun berlainan pula dangan apa yang disebut oleh Karpal kerana ia bukan sesuatu yang kosong dan lawak.

Tidakkah Nik Aziz peka dengan sejarah politik bagaimana hanya pada Projek Tanjung ketiga yang mula dilancarkan oleh DAP sejak tahun 1970an baru parti itu berjaya menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.

Meskipun memakan masa lebih 30 tahun tetapi DAP konsisten dengan impiannya, ia berjaya juga mencapai cita-citanya.

DAP tidak akan sesekali berjaya untuk menguasai Pulau Pinang jika pemimpin PAS dan PKR tidak mengkhianati orang Melayu.

Orang Melayu perlu buka mata mereka dan sedar dari tidur kerana tidak mustahil PAS dan PKR akan sanggup menyerahkan teraju kepimpinan Malaysia kepada DAP jika ia berkuasa di Putrajaya kelak.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...