UtamaNASIONALAM58 kubur dipindah

58 kubur dipindah - pakdin.my

LIPIS: Kubur orang alim dan pahlawan terkenal Pahang suatu ketika dahulu antara 58 kubur lama berusia ratusan tahun terletak di Tanjung Betong, Kampung Kuala Telang di sini yang terpaksa dipindahkan oleh pihak berwajib.

Tindakan memindahkan kubur lama terbabit terpaksa dilakukan apabila kawasan berkenaan yang terletak di tepi Sungai Jelai diancam hakisan serius sejak beberapa tahun lalu.

Tanah perkuburan berkenaan dikatakan wujud ratusan tahun lalu sama dengan pembukaan Kampung Kuala Telang yang juga penempatan terawal di Hulu Pahang.

Pegawai Agama Islam Daerah Lipis Mohd Zainudin Zakaria berkata, keputusan memindahkan 58 kubur lama itu terpaksa dibuat kerana kejadian hakisan tebing Sungai Jelai berikutan kesan banjir yang berlaku hampir setiap tahun.

Menurutnya, keadaan runtuhan tebing sungai berkenaan yang semakin serius mengharuskan pemindahan kubur dilakukan kerana terdapat keperluan dan kewajaran yang perlu diambil kira.

Katanya, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berwajib termasuk waris sebahagian kubur keputusan memindahkan kubur lama itu terpaksa dibuat segera.

“Kubur perlu digali sedalam kira-kira 1.83 meter bagi tujuan mengesan jenazah dan sekiranya tidak dijumpai, tanah berwarna hitam yang disifatkan sebagai cebisan mayat diambil dan dimasukkan ke dalam karung diperbuat daripada kain putih sebelum dikebumikan.

“Daripada 58 kubur yang digali hanya terdapat lapan yang masih ada sisa tulang yang jelas dan kita kebumikan dalam liang lahad baharu. Manakala, selebihnya kita kumpul dan kebumikan dalam satu liang lahad,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Proses Pengalihan Kubur Lama Tanjung Betong ke Tanah Perkuburan Kampung Berala sejauh kira-kira 0.5 kilometer di sini kelmarin.

Turut hadir, Timbalan Mufti Pahang Datuk Abdul Zaki Md Zin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Nizam Abdul Manan, Pegawai Agama Daerah Jerantut Syarifuddin Mohd Saad dan Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Dr Norzaimah Mohd Idris.

Menurut Mohd Zainudin, proses pengalihan kubur berkenaan berjalan lancar dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk waris serta penduduk kampung.

Beliau berkata, proses pengalihan kubur lama itu diadakan selama dua hari dan mendapat kebenaran pejabat Mufti Negeri Pahang dan dimulakan dengan majlis tahlil.

Sementara itu, Dr Norzaimah berkata, usaha mencari batu nisan atau sebarang tanda perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti menggali dan memindahkan jenazah dapat dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

“Kami akan mengadakan perbincangan dengan Jaip sebelum membuat sebarang keputusan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesulitan serta isu berbangkit di kemudian hari.

“Proses pengalihan kubur ini antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat pihaknya,” katanya yang sebelum ini terbabit memindahkan kubur di Pahang.

Ketua Kampung Kuala Telang, Satmi Osman, 58 berkata, terdapat sebanyak 73 kubur lama di tanah perkuburan Tanjung Betong yang menjadi tempat semadi penduduk setempat termasuk beberapa orang alim dan pahlawan terkenal Pahang suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat 15 kubur yang masih tidak dipindahkan dan kerja mengalihkannya mungkin akan diadakan tidak lama lagi selepas mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Katanya, kali terakhir tanah perkuburan Tanjung Betong digunakan penduduk setempat 30 tahun lalu, selepas itu Tanah Perkuburan Kampung Berala digunakan hingga kini.

Berkaitan

Baca Juga

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI