Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail - pakdin.my

Nak tanya Muhyiddin Yassin, semasa beliau jadi PM adakah di runding dengan BN dan PAS dalam segala tindakan termasuk menghadap YdP Agong bagi dalam usaha mengekal kuasa termasuk membuat tawaran terbuka (rasuah politik) kepada pembangkang?

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin “mengingatkan” Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau perlu berunding dengan gabungan itu sebelum menetapkan tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan PRU15.

“Saya juga, antara lain, mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan, hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” kata Muhyiddin di Facebook.

Beliau yang juga presiden Bersatu berkata peringatan itu disampaikan dalam pertemuan antara beliau bersama pemimpin parti komponen PN lain dengan Ismail di Sri Perdana, semalam.

Turut hadir adalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Presiden STAR Sabah, Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP, Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Senator Dominic Lau.

“Dalam pertemuan ini, Perdana Menteri menekankan hubungan kerjasama dengan PN dalam kerajaan Persekutuan dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara,” kata Muhyiddin.

Pucuk pimpinan Umno sebelum ini menyatakan PRU15 perlu disegerakan untuk memulihkan kestabilan politik negara dan menangani krisis ekonomi yang berlarutan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mahukan PRU15 diadakan tahun ini susulan kemenangan selesa Barisan Nasional pada PRN Melaka dan Johor sebelum ini dan parti lawan dilihat dalam kedudukan lemah.

Bagaimanapun, bulan lalu, Muhyiddin dipetik berkata Ismail tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan Parlimen semata-mata untuk memberi laluan kepada PRU15 dalam masa terdekat.

Beliau mahu Ismail menghormati beberapa perkara yang dipersetujui antara PN dan BN termasuklah soal pembubaran Parlimen.

“Soal nak adakan PRU itu, walaupun prerogatifnya Perdana Menteri yang boleh membuat keputusan itu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi mereka perlu sedar kedudukan Perdana Menteri itu pun kerana atas dasar persefahaman antara parti-parti dalam PN dan BN,” kata Muhyiddin ketika itu.

UTAMAPOLITIKPerlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium