[Video] Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200 - pakdin.my

PASIR MAS – Seorang remaja didakwa mengamuk dengan menyepak makanan ringan dan susunan botol air mineral akibat berang gagal menjual racun tikus berharga RM200 di sebuah kedai runcit di Kampung Lati, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu suspek berusia 17 tahun masuk ke dalam kedai berkenaan untuk menjual racun tikus.

Pekerja kedai runcit itu menghubungi majikannya untuk memaklumkan perkara tersebut.

Namun pemilik kedai runcit itu menolak permintaan untuk membeli ubat racun tikus yang dijual oleh suspek kerana terlalu mahal, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, suspek yang naik angin bertindak menyepak barangan jualan pengadu sehingga berlaku kerosakan.

Beliau berkata, sebelum ini suspek pernah membuat kacau dan memeras ugut pekerja kedai dengan memaksa untuk membayar racun tikus yang dijual dengan harga tidak masuk akal.

Mohd Nasaruddin berkata, suspek yang datang menaiki kereta jenis Proton Satria terus beredar selepas bertindak demikian.

Susulan kejadian itu suspek ditahan pada jam 2 petang oleh anggota Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah yang membuat rondaan di kawasan tersebut.

Turut ditahan seorang remaja berusia 15 tahun yang dipercayai rakan suspek. Siasatan lanjut akan diteruskan selepas tempoh reman diperolehi, katanya.

Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 16 saat di media sosial memaparkan tindakan suspek merosakan barangan di kedai runcit tersebut.

UTAMABERITA Remaja mengamuk gagal jual racun tikus RM200

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium