Guru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah - pakdin.my

JERTIH: “Kami sudah berusaha pelbagai cara termasuk berpindah ke rumah lain, tapi suami tetap tidak boleh naik masuk rumah kerana sikap panas baran dan pelupanya tidak berubah,” kata Wan Zaidah Wan Bakar isteri kepada guru Azhar Nor, 56, yang didakwa menghidap penyakit misteri.

Wan Zaidah, 53, yang kini bertugas di pejabat Jabatan Pertanian di Lundang, Kelantan mengakui suami tetap tidak boleh naik ke rumah walaupun sudah berpindah ke rumah baru.

“Perwatakan suami tetap tidak berubah apabila terus menjadi bengis dan panas baran serta pelupa. Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menghabiskan masa dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) walaupun kami sudah berpindah ke rumah baharu,” katanya selepas dikunjungi Pengerusi KETENGAH, Datuk Razali Idris, semalam.

Kisah guru ini yang terpaksa menjadikan kenderaan pelbagai guna (MPV) sebagai kediaman hampir setahun lalu pernah dilaporkan media sebelum ini.

Katanya, penyakit misteri dihidapi suaminya bukan sahaja tidak berubah, sebaliknya bertambah teruk walaupun dibawa ke hospital untuk menjalani rawatan.

“Doktor mengesahkan suami tidak sakit dan hanya memberi cuti sakit walaupun kami memaklumkan perwatakan menjadi bengis, pemarah apabila naik ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Azhar berkata, dia menghabiskan masa dengan membaca al-Quran dan mendengar syarahan agama melalui telefon bimbitnya untuk mengisi masa.

“Saya pun tidak tahu mengapa sikap secara tiba-tiba menjadi pemarah apabila naik ke rumah,” katanya.

Sementara itu, Razali yang turut menyumbangkan bantuan kewangan menasihatkan Wan Zaidah membawa suaminya untuk mendapatkan rawatan melalui kaedah rawatan Islam.

UTAMABERITAAMGuru hidap penyakit misteri, tak boleh masuk rumah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium