[Video] Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam - pakdin.my

JAKARTA – Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, (BMKG) Dwikorita Karnawati mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku ombak tsunami dalam masa terdekat, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Dwikorita meminta penduduk yang tinggal di pantai selatan Jawa dan Sumatera supaya peka dengan pembentukan ombak tsunami terutama pada waktu malam. Amaran ini disampaikan berikutan peningkatan status aktiviti Gunung Anak Krakatau daripada berjaga-jaga (tahap II) kepada berwaspada (tahap III).

“Kehadiran ombak tsunami sukar untuk dikesan atau disedari pada waktu malam yang gelap maka saya minta agar penduduk di kawasan terlibat untuk sentiasa berjaga-jaga,” kata Dwikorita.

Beliau berkata BMKG bersama Pusat Vulkanologi Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) akan terus memantau paras laut dari masa ke semasa.

Pemangku Ketua Pusat Penerangan dan Komunikasi Bencana Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB), Abdul Muhari berharap orang ramai sentiasa memberi perhatian kepada maklumat pelbagai institusi berhubung keadaan terkini Gunung Anak Krakatau.

“Keadaan yang membawa kepada situasi bencana yang berpotensi pasti akan dimaklumkan.

“Jadi, kita harap orang ramai memberi perhatian kepada pengumuman yang dibuat oleh agensi kerajaan dan tidak terpengaruh dengan isu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Aktiviti letusan lahar panas Gunung Anak Krakatau dilaporkan semakin aktif sejak hujung minggu lalu.

Ketua Agensi Geologi, Eko Budi berkata, terdapat perubahan ketara dalam letusan gunung berapi itu.

Bagaimanapun, Ketua Kajian Vulkanologi Indonesia (PVMBG), Hendra Gunawan memberi jaminan keadaan itu tidak mengganggu aliran mudik lebaran minggu hadapan. – Agensi

 

 

UTAMADUNIA Penduduk Jawa dan Sumatera diarah peka kemungkinan tsunami waktu malam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium