Utama NASIONAL AM Bukan setiap hari semenjak merdeka mereka menggunakan “zip line” dan rakit...

[Video] Bukan setiap hari semenjak merdeka mereka menggunakan “zip line” dan rakit buloh, hanya kerana banjir besar pada Mac

Ayat biasa lepas kes tular… rompak harta rakyat, negara dah merdeka, tak ada kemajuan…

Sedangkan bukan setiap hari semenjak dari merdeka mereka menggunakan “zip line” ataupun rakit buloh tetapi ekoran jambatan yang mereka biasa gunakan untuk ke sekolah telah runtuh akibat banjir besar di Nabawan pada bulan Mac tempoh hari.

Rujukan: https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/10/lima-kampung-di-nabawan-digenangi-banjir?

Tidak ada tindakan ke?

Ada dan sedang disegerakan malah Ahli Parlimen telah turun dan sedang menyelesaikan perkara ini, malah Perdana Menteri juga maklum dan bersetuju memberikan peruntukan kecemasan di beberapa kawasan tersebut.

Sumber: https://www.bernama.com/bm/wilayah/news.php?id=2076789

Di mana lokasinya?

Nabawan ni merupakan sebuah daerah di kawasan pedalaman Sabah berkeluasan 6,089 kilometer persegi terletak sejauh 17 kilometer selatan dari Kota Kinabalu.

Fakta angka:

– keluasan negeri Melaka -1664 KM persegi

– keluasan negeri sembilan – 6689 KM persegi

Jadi bayangkan keluasan sebuah Parlimen Pensiangan ni.

Kau pernah sampai ke di Pensiangan dan Nabawan ni?

Alhamdulillah.. saya sudah beberapa kali menjejaki kawasan ini, jadi saya maklum dengan keadaan di sana.

Saya percaya menulis dan menularkan di di Media sosial adalah mudah.

Namun saya juga percaya ianya akan mempercepatkan lagi proses menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

Semoga urusan pelajar, penduduk kampung dan warga keluarga Malaysia di sana dipermudahkan segala urusan mereka.

Exit mobile version