Adakah mereka Majlis Peguam atau biro bantuan guaman untuk Pakatan Harapan? - pakdin.my

Adakah anda mahu “perarakan demi keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih” apabila:

– hakim baru yang mempunyai tiada pengalaman mahkamah jenayah telah dipindahkan dari mahkamah sivil ke mahkamah jenayah untuk mengambil alih hakim sedia ada selepas perbicaraan mahkamah mengenai kes berprofil tertinggi di Malaysia (kes Najib) telah bermula? Sesuatu yang tidak akan berlaku di mana-mana negara lain di dunia.

Adakah anda berarak ketika itu?

– apabila minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB sebenar menunjukkan bahawa Maybank telah berurusan dengan 1MDB dan terlibat dalam mencadangkan dan menubuhkan SRC dimana hakim ini adalah Ketua Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat mereka tetapi dia tidak mengisytiharkan konflik kepentingan dan penglibatannya ketika itu dan menarik diri sebagai hakim untuk kes SRC?

Adakah anda berarak ketika itu?

– apabila kerajaan PH menarik balik laporan polis berdasarkan pendengaran Suruhanjaya siasatan DIRAJA (RCI) dan mengklasifikasikan kes forex BNM sebagai NFA dan ini menyebabkan tiada siapa yang di pertanggungjawab keatas kehilangan dan kerugian sebenar sebanyak RM33 bilion (RM150 bilion nilai sekarang) dengan tiada sesen pun diperolehi semula?

Adakah anda berarak ketika itu?

– apabila Guan Eng dilantik sebagai menteri kewangan dan kes rasuahnya digugurkan walaupun 30 lebih saksi sudah memberi keterangan di mahkamah?

Adakah anda berarak ketika itu?

– apabila bekas Ketua Hakim Negara yang dilantik oleh kerajaan PH diberi jawatan pengerusi di Berjaya Land milik rakan Mahathir sejurus selepas bersara dan kemudiannya berkempen di atas pentas untuk PH bersama Guan Eng?

Adakah anda berarak ketika itu?

– apabila SPRM menyiasat 20 kes rasuah dalam badan kehakiman semasa Kerajaan PH memerintah?

Adakah anda berarak demi keadilan ketika itu?

Tanpa rasa takut atau pilih kasih?

Sebelum anda berarak kerana SEORANG hakim sedang disiasat, mungkin anda perlu pergi berjumpa SPRM dan menentukan sama ada terdapat asas untuk siasatan?

Jika benar wang tunai RM1 juta atau RM2 juta telah dimasukkan ke dalam akaunnya semasa beliau menjadi Ketua penasihat undang-undang dan setiausaha syarikat Maybank ketika mereka berurusan dengan 1MDB, adakah ia tidak patut disiasat?

Adakah mereka Majlis Peguam atau biro bantuan guaman untuk Pakatan Harapan?

Oleh: Lim Sian See
https://web.facebook.com/lim.siansee/posts/3271319056420199

UTAMABERITAAMAdakah mereka Majlis Peguam atau biro bantuan guaman untuk Pakatan Harapan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium