[Video] Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari - pakdin.my

TEMERLOH: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai hanyut selepas terjatuh dari Jambatan Songsang, Sungai Semantan di sini hari ini.

Kejadian membabitkan  Mohamad Hanizam Md. Khalib, 30, dilaporkan berlaku pada 8 Mei lalu.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa dijumpai pada hari ketiga pencarian sekitar pukul 9.01 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam berhampiran sangkar ikan yang terletak satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

“Dalam pada itu, pasukan penyelamat berjaya membawa mayat mangsa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi pencarian tersebut membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBDP Bukit Angin dan Pasukan K9 sebelum ditamatkan pada  pukul 9.33 pagi.

UTAMABERITA Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium