Nasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh - pakdin.my

Selepas “bertungkus lumus” mempertahankan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS bagi merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Harapan (PH)pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Umno negeri akhirnya menyerahkan nasib gabungan itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata, ia termasuk walak kepada keputusan MKT sekiranya kerjasama dengan PAS perlu dilupakan menjelang PRU15.

“Semalam, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan sudah membuat kenyataan mengenai status MN dan kita tunggu apa keputusan parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada 7 Mei lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa kerjasama Umno dan PAS melalui MN perlu dilupakan pada PRU15.

Zahid berkata, parti itu telah beberapa kali memberi ruang secukupnya kepada PAS untuk mempersetujui perkara yang terkandung dalam piagam MN, namun tidak disepakati.

Sebelum ini Noh berkata, Umno Selangor sedang melakukan rundingan kerusi bersama PAS bagi mengelak bertembung sesama sendiri dalam usaha menjatuhkan PH.

Pada 9 Dis lalu, beliau berharap Umno negeri diberi kuasa autonomi dalam melakukan rundingan dengan parti itu, namun tiada keputusan diberikan terhadap permintaan Noh daripada pimpinan tertinggi parti.

UTAMAPILIHAN RAYANasib MN di Selangor, Umno negeri walak keputusan MKT, kata Noh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium